Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh…
Kaifahulukum jame3an saya ucapkan kpd semua pembaca yang setia,mahupun yang tidak setia atau tersengaja membuka blog saya ini. Sesungguhnya blog friendster ini saya khususkan penulisannya untuk hal diri ini dan mungkin menjadi input berguna pada semua. Maafkan saya jika pembacaan anda tidak membawa kepada sebarang manfaat. Tulisan ini hanya untuk untuk saya dan perkongsian pengalaman untuk menjadi pengajaran sahaja. Belum ada kekuatan pada diri untuk menulis dalam sebuah artikel yang panjang seperti sahabat-sahabat dan senior saya yang sudah maju kehadapan menulis di blog atau medium dakwah melalui penulisan dialam maya ini. Bukannya saya tiada blog namun belum ada kesempatan lagi untuk menulis,hehe.
Maafkan saya pada yang ada menjenguk ke blog ini namun tiada yang baru saya tintakan. Pelbagai alasan sebenarnya ingin diberi dan mungkin melalui satu perkataan ini akan memuaskan hati semua hanya untuk saya melepaskan diri? MALAS! inilah punca segalanya. Bagi sesiapa pun tidak kira dalam bidang pendidikan mahupun pekerjaan,sifat yang mengandungi 5 huruf itu akan menghancurkan dan membantutkan segalanya.
Alhamdulillah,selepas solat asar hari ini Allah beri kekuatan untuk saya menukilkan sesuatu. Hari-hari yang telah berlalu penuh dengan suka duka. Bukan nama perjuangan jika tiada ujian. Lebih2 lagi duduk di luar negara.
Tajuk mana yang ingin saya mulakan? Mungkin mengenai cerita cuti musim bunga di sini. Saya seolah-olah tidak percaya wujudnya cuti pada musim bunga kerana tidak mengalaminya di Malaysia. Maklum sajalah anak felda,huhu. Tapi bukan semua anak felda kot,hehe. Padat! satu perkataan sahaja cukup untuk menerangkan segalanya.
Resam bepersatuan,perlu bersikap aktif dalam segala aktiviti persatuan. Jangan nanti dianggap seperti kera sumbang,atau katak di bawah tempurung. Saya antara ahli persatuan mahasiswa malaysia di Maghribi (PMMM) yang tidak terlepas peluang untuk menyertai dan memberikan sumbang bakti pada program2 persatuan sepanjang cuti yang lepas.
Program awal yang saya sertai adalah perkampungan ilmu musim bunga (PERDISK 09). Program bermanfaat yang diatur khas oleh exco pendidikan bagi pelajar semester 1 & 2. Program ilmiah yang diisi dengan aktiviti seperti akademi khutbah,kuliah subuh dan maghrib,LDK,edisi siasat karangan bahasa arab dan persediaan dalam membuat bahas dalam bahasa arab. Program ini bertempat di sebuah wilayah Kenitra,dalam setengah jam perjalanan dari wilayah saya. Penuh,jenuh,berinput,bermaklumat,bersedia,lebih berani,peningkatan bahasa arab… sebahagian perkataan ringkas menunjukkan kebaikkan program tersebut. Buat sahabat2 seperjuangan program tersebut,ambillah sebaik mungkin ilmu yang ada,dan pengamalannya untuk hari ini dan hari2 yang mendatang,insyaAllah.
Setelah menghadiri majlis penutup yang juga dihadari oleh TYT duta besar Malaysia di Maghribi,datuk Othman Bin Samin,saya terus bergerak pulang ke Rabat. Perjalanan agak memenatkan kerana sudah letih dengan program yang dianjurkan. Pada hari seterusnya pula,SUKMA pula mengambil tempat bagi program rasmi persatuan. Program sukan ini dianjurkan dibawah kelolaan exco sukan PMMM. SUKMA berlangsung selama 2 hari. Pelbagai acara diadakan seperti badminton,bola tampar,sepak takraw dan futsal. Peserta ikhwan akhawat telah diberikan warna2 tertentu bagi kumpulan masing. Saya hanya ingat kumpulan ikhwan sahaja iaitu kumpulan kuning,biru,merah dan putih. Bagi SUKMA kali ini,PASUKAN KUNING berjaya merangkul kumpulan terbaik hasil dari memenangi 3 johan bagi acara2 yang dipertandingkan. Syabas buat pasukan kuning!!!
Usai Sukma,SINERGI pula mengambil alih. SINERGI adalah akronim bagi program Simposium Generasi Glokal Ummah. Program ilmiah ini telah menjadi sejarah persatuan apabila pertama kalinya penceramah dari luar berjaya dijemput ke Morocco. Penceramah berkenaan adalah ustaz Zaharuddin Bin Abdul Rahman atau lebih dikenali dengan UZAR. Beliau memberikan slot2 yang banyak membantu kami khususnya pelajar2 pengajian islam iaitu mengenai bab kesempurnaan solat dan muamalat dalam islam. Slot2 ini mempunyai impak yang sangat besar untuk kita khususnya dalam bidang pengajian islam kembali ke Malaysia nanti menyampaikan suatu ilmu yang berguna kepada masyarakat.
* * * * * * * * * * * * *
Sedia maklum jamiah saya memberikan pakej subjek yang menarik pada setiap semester. Setelah pakej 16 madah satu sem semasa sem 1 yang baru amat memeritkan saya. Kurang 4 subjek bukan bermakna saya boleh rehat sepenuhnya,tetapi jadual kelas pada semester 2 pula menanti. Walaupun membawa 12 subjek,tetapi jadual masih penuh dan tiada makna cuti bagi kami pelajar di Rabat kerana kelas dr hari isnin hingga ahad. Namun perkara ini menjadi suatu yang bisa membuatkan kami untuk terus berjuang dalam medan ilmu ini dengan bersungguh-sungguh. Saya tidak mahu kegagalan,kekesalan pada semester satu dahulu berulang!
Saya perlukan semangat untuk terus berjuang. Sungguh berat ujian belajar di luar negara. Kepada sesiapa yang ingin belajar di luar negara,terutama kepada teman yang baru sahaja menerima keputusan SPM,STPM dan sebagainya,buatlah pilihan yang tepat bagi masa depan anda. Bukan pilihan keseronokan sesebuah negara itu bersalji,ataupun mempunyai tempat2 yang bersejarah untuk dilawati membuatkan kita memilih dan akhirnya jalan itu salah. Kerana pilihan ke bidang pendidikan ini merupakan keputusan yang sangat besar impaknya. Fikir2kanlah…
Akhir kalam,tempatkanlah Allah di hati!
“TETUDIH”